30.4.09

dengar via mata

Salam semua.
Sekarang sering dikritik. Bukan tidak sedap, tapi selalu rasa merah sebab pemikiran terlalu bodoh. Jadi entri ini nak menjelaskan niat saya apahal berblog. Mungkin anda sudah tahu blog Inggeris saya, eimyan.com? Ok, rata-rata budak tidak puas hati dengan blog itu. Kata mereka tidak menyampaikan mesej dakwah, banyak meraban, merapu rapik, berlagak, tidak memberi manfaat, macam-macam lagi. Oh bodoh, tahu tidak apa maksud blog?

Blog berasal dari dua perkataan Inggeris, Web dan Log. Web berkmaksud internet dan Log bermaksud catatan peristiwa. Kiranya diari internet lebih kurang. Sebab itu, pernah dengar microblog? Ia seperti Twitter, Plurk dan sebagainya yang anda akan hapdet "tgh mkn nasi pinggan ke-4", "tgh meeting kt tnds", "aiskrim ni bapa sedap" dan sebagainya. Oleh kerana platform itu guna karakter yang sikit. Lantas blog guna lah panjang sikit.

Itulah, blog asalnya adalah tulisan diari kita untuk kita kongsi bersama. Okay, jadi imran kamu nak kata tiada blog sengarut tulisan artikel agama atau ilmiyah untuk diterbit? Tidak, langsung sama sekali. Memang ada, bahkan ya, amat memberi manfaat.

Tapi

Kenapa anda terlalu sempitkan minda anda yang telah sedia sempit? Kata kamu kalau tulisan diari itu tidak berguna. Wei tahu tak adakah agama itu suruh kita berdakwah secara direct itu dua puluh empat jam sampai anda bertopengkan alasan itu sampai letak nama anda sebagai entiti entri lantas mencari publisiti tapi kemas kini 5 tahun sekali beserta imej blog yang langsung tidak pro walaupun bermedankan ruang iT yang bapa pro hingga bukan muslim boleh tanggap Islam macam gelabah sedangkan anda mampu bekerja sama antara blogger lain untuk memastikan blog dakwah kita kemas kini harian dan meminta penglibatan pereka bentuk untuk design blog kita biar wajahnya hensem lantas diterima ramai dan menggunakan konsep adaptif untuk konten dan struktur sedangkan hal-hal ini langsung tidak mengacau keamanan kita, melainkan menyebabkan kita sibuk sedikit?

17.4.09

mati kau bagus

Salam semua,
Hari ini sedikit drama, kerana terdapat beberapa pelajar kena gantung. So tidak mahu cerita banyak. Cuma post ini ditujukan kepada semua lelaki di luar sana. Tuhan kata kita pemimpin ke atas perempuan. Tapi kita tahu sekarang kerana

1. Kita tidak pegang syari'a untuk drive
2. Kita lembut macam gay

kita telah menyebabkan biro hancur lingkup bungkus ikat tepi. Then kena la kafarah, macam apa yang berlaku sekarang. Jadi sekarang mula, kita kena keras tidak kisah kamu adalah pengawas, pelajar biasa, naqib. Yang penting bila kita lelaki, tegakkan pendirian anda berdasarkan manual suci dan jangan biarkan diri anda diisytihar dayus.
Sekian.

15.4.09

slot hangat habis. sikit saja lagi

Salam semua,
Melainkan anda ialah ponteng kid, pasti sudah sedia maklum April ini ialah Tajdid 09. Mula-mula rasa cambest, sebab memang kalau program tarbiyah tambah perisa memang.... macam best. Tiba-tiba dengar ada pertandingan blog Islamik, lagi best. Sebenarnya gua sudeyh lama berangan nak berkhutbah dalam blog, tapi guanye konsep blog Islamik lain.

1. Kalau url dia Islamik, baru cun. eg; tazkirah.net, islamicnotes.com, syadid.org
2. Tambah-tambah lagi design gempak tidak menahan
3. Penulis tidak perlu cerita, mesti sedozen
4. Content mesti appropriate habis

Lepas itu memang semangat cakap sama lu, siap bincang dengan Deraman, Paltel10, and Jo nak suruh join. Den search kt godaddy.com untuk url harga durian runtuh. Jumpa la DAKWAH.ME. RM40 setahun, ha yang ini menahan. Okay la 40 ringgit untuk blog Islamik, pahala pun dapat, dan kalau nak letak Ad Platform pun laku. Ya la... kalau konsep kasi proffesional semua pihak terima kan.

Kalau tengok url pun gempak kan? dakwah dot me....Huhu macam dakwah la saya. Tetiba saya baca syarat dan terma. Blog mestilah private. Wadefak?
Sekian.