30.4.09

dengar via mata

Salam semua.
Sekarang sering dikritik. Bukan tidak sedap, tapi selalu rasa merah sebab pemikiran terlalu bodoh. Jadi entri ini nak menjelaskan niat saya apahal berblog. Mungkin anda sudah tahu blog Inggeris saya, eimyan.com? Ok, rata-rata budak tidak puas hati dengan blog itu. Kata mereka tidak menyampaikan mesej dakwah, banyak meraban, merapu rapik, berlagak, tidak memberi manfaat, macam-macam lagi. Oh bodoh, tahu tidak apa maksud blog?

Blog berasal dari dua perkataan Inggeris, Web dan Log. Web berkmaksud internet dan Log bermaksud catatan peristiwa. Kiranya diari internet lebih kurang. Sebab itu, pernah dengar microblog? Ia seperti Twitter, Plurk dan sebagainya yang anda akan hapdet "tgh mkn nasi pinggan ke-4", "tgh meeting kt tnds", "aiskrim ni bapa sedap" dan sebagainya. Oleh kerana platform itu guna karakter yang sikit. Lantas blog guna lah panjang sikit.

Itulah, blog asalnya adalah tulisan diari kita untuk kita kongsi bersama. Okay, jadi imran kamu nak kata tiada blog sengarut tulisan artikel agama atau ilmiyah untuk diterbit? Tidak, langsung sama sekali. Memang ada, bahkan ya, amat memberi manfaat.

Tapi

Kenapa anda terlalu sempitkan minda anda yang telah sedia sempit? Kata kamu kalau tulisan diari itu tidak berguna. Wei tahu tak adakah agama itu suruh kita berdakwah secara direct itu dua puluh empat jam sampai anda bertopengkan alasan itu sampai letak nama anda sebagai entiti entri lantas mencari publisiti tapi kemas kini 5 tahun sekali beserta imej blog yang langsung tidak pro walaupun bermedankan ruang iT yang bapa pro hingga bukan muslim boleh tanggap Islam macam gelabah sedangkan anda mampu bekerja sama antara blogger lain untuk memastikan blog dakwah kita kemas kini harian dan meminta penglibatan pereka bentuk untuk design blog kita biar wajahnya hensem lantas diterima ramai dan menggunakan konsep adaptif untuk konten dan struktur sedangkan hal-hal ini langsung tidak mengacau keamanan kita, melainkan menyebabkan kita sibuk sedikit?